Friday, 10 April 2020

MUHAMMAD HAKIIM BIN SULAIMAN - 269333 - CARA MUDAH UPDATE WINDOW 10 GUNA USB


Assalamualaikum, di sini saya nak kongsikan cara mudah untuk anda update window anda ke window 10 dengan menggunakan usb.
Antara yang di perlukan ialah:
1.  Window 10 iso
2.  Software Rufus
3.  Usb 4GB ke atas

Ok, pertama sekali anda mestilah pastikan sama ada komputer anda layak atau tidak untuk upgrade ke window 10. Dalam Picture 1 di bawah menunjukkan system yang anda perlukan.


Picture 1 – Sistem diperlukan dalam Window 10



Selepas itu, anda perlu backup dahulu data dekat komputer anda. Safety first ok. Backup using file history seperti dalam Picture 2.

Picture 2 – Backup data



Gunakan Window Update ataupun download Window 10 iso di laman web Microsoft contoh seperti dalam Picture 3.

Picture 3 – Window Update



Seterusnya, install software Rufus (Picture 4). Masukkan usb. Setelah selesaikan cabutkan usb. 


Picture 4 – Software Rufus



Langkah seterusnya, masukkan semula  usb ke komputer, restart komputer, tekan esc atau F8 atau button F10 untuk masuk boot menu. Picture 5 menunjukkan sistem semasa dalam keadaan restart.

Picture 5 – Sistem semasa di hidupkan



Seterusnya pada boot menu, pilih usb. Save dan esc. Contoh seperti dalam Picture 6.


Picture 6 – Boot menu



Selepas itu, proses seterusnya ia akan ke windows setup seperti dalam Picture 7.

Picture 7 - Windows Setup



Apabila selesai semua proses, Window 10 anda sudah boleh digunakan.  Seperti dalam Picture 8.


Picture 8 – Muka hadapan Window 10



Ok terima kasih, dan diharapkan artikel ini memberi manfaat kepada anda semua.



Thursday, 9 April 2020

AHMAD AZEHAN BIN ABD RAHMAN - 268973 - TEAMWORK!!!


TEAMWORK!!!!!!




Assalamualaikum.. aku cerita sikit pasal latarbelakang aku, aku terdedah dengan sukan sejak di bangku sekolah lagi. Banyak juga sukan yang aku sertai sewaktu di bangku sekolah lagi. Pelbagai sukan telah aku sertai seperti bola sepak, badminton, bola baling, sepak takraw dan banyak lagi sukan yang lain yang aku sertai di sekolah aku dulu. Pencapaian terbaik aku adalah mewakili negeri Pulau Pinang didalam sukan bola sepak dan sepak takraw. Bakat aku digilap di sebuah sekolah sukan negeri di Pulau Pinang iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Impian. Minat yang mendalam dalam sukan sepak takraw telah meninggalkan rasa ketagihan untuk bermain sepak takraw hingga hari ini.


Pasukan sepak takraw IPPK Selangor 2019




Kekangan masa dan tuntutan tugas telah mengakibatkan peluang untuk bermain sepak takraw adalah terhad. Namun organisasi kerja menganjurkan satu kejohanan sepak takraw Piala Ketua Polis Selangor dan merupakan acara tahunan yang disertai oleh 16 Ibu Pejabat Polis Daerah di Selangor serta pasukan aku dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. Kejohanan tersebut adalah untuk menggalakkan seluruh pegawai dan kakitangan mengamalkan gaya hidup sihat disamping memupuk semangat kerjasama dalam pasukan. Peluang ini aku manfaatkan untuk melepaskan ketagihan aku untuk bermain sepak takraw. Kenangan paling manis adalah apabila pasukan IPPK Selangor telah muncul juara dalam kejohanan tersebut pada tahun 2019.


Taklimat oleh jurulatih dan pengurus pasukan





Setiakawan dan bergerak secara berkumpulan





Pasukan IPPK Selangor merupakan pasukan bukan pilihan pada kejohanan tersebut. Kami bermula dengan menempuhi pelbagai cabaran semenjak dari awal. Peruntungan kewangan yang terhad dan masa untuk latihan yang singkat merupakan cabaran yang harus kami tempuhi. Ketahanan mental dan fizikal yang tinggi diperlukan bagi meneruskan usaha untuk ke kejohanan tersebut. Kerjasama dan komitmen yang tinggi adalah perlu nagi setiap individu dalam pasukan. Hal ini dapat dilihat sewaktu para pemain bersetuju mengeluarkan wang saku sendiri bagi membiayai kos pasukan sejak dari tempoh latihan dan menjelang hari pertandingan. Sikap kecintaan yang tinggi dalam sukan warisan ini juga telah mendorong para pemain untuk memberi kerjasama yang baik dalam pasukan.



Aksi perlawanan peringkat kumpulan



Aksi perlawanan separuh akhir



Masa latihan yang diperuntukkan pada kami hanyalah selama seminggu untuk kami membuat persediaan sebelum menjelang hari pertandingan. Sepak takraw adalah sukan yang memerlukan kecergasan dan daya tahan otot yang tinggi. Seminggu bukanlah tempoh masa yang cukup bagi mempersiapkan pemain dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi kejohanan tersebut. Kesungguhan pengurus pasukan, jurulatih dan semua pemain dapat dilihat dengan komitmen yang tinggi semasa sesi latihan. Setiap masa yang ada dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dengan latihan yang efektif. Latihan telah diadakan secara 3 sesi iaitu sesi pagi untuk latihan kecergasan, sesi petang untuk latihan kemahiran dan kawalan gelanggang dan sesi malam adalah untuk latihan memantapkan regu. Segala keringat dicurahkan oleh setiap individu yang terlibat dalam pasukan. 


Aksi perlawanan separuh akhir sedutan aksi regu veteren






 

Sedutan aksi regu veteren








https://www.youtube.com/watch?v=-6eDOsFjnHM

Sedutan perlawanan antara IPD Serdang dan IPS Sepang





Perlawanan akhir menentang IPD Klang Selatan

Tiba hari kejohanan di IPD Kuala Selangor, pasukan kami masuk ke dewan dengan persediaan latihan yang hanya selama seminggu. Perasaan gugup menyelubungi setiap pemain, namun pengurus pasukan dan jurulatih telah menjalankan tugas dengan baik dengan memberi motivasi dan semangat untuk para pemain berjuang menentang lawan. Satu demi satu perlawanan kami tempuhi secara bersama. Semasa bermain, rakan sepasukan yang lain memberi sorakan semangat ditepi gelanggang. Rasa semangat juang makin tinggi untuk meneruskan dan memenangi setiap perlawanan. Keseluruhan pasukan daripada pengurus hingga pemain simpanan turut memainkan peranan yang penting dalam menjayakan misi pasukan iaitu memenangi kejohanan tersebut. Kerjasama yang baik oleh setiap ahli pasukan telah membuahkan hasil yang berbaloi.


    
Pengurus pasukan diraikan oleh ahli pasukan
         



Bergambar bersama piala kemenangan





Akhirnya, pasukan sepak takraw IPK Selangor telah berjaya menewaskan pasukan IPD Klang Selatan pada perlawanan akhir. Masing-masing sebak kegembiraan diatas hasil usaha dan komitmen yang tinggi oleh setiap ahli pasukan telah menjayakan misi pasukan. Penyampaian hadiah dilakukan oleh Ketua Polis Selangor iaitu YDH Datuk Noor Azam Bin Jamaluddin. Kepuasan dapat dilihat pada raut wajah setiap ahli pasukan dengan hasil yang diperolehi. Segala kesusahan yang telah ditempuhi bersama dan penat lelah semua ahli pasukan telah mendatangkan hasil dan kenangan yang indah pada kami. Pasukan yang pada awalnya dipandang rendah oleh pihak lawan  telah membuktikan bahawa kerjasama dalam pasukan merupakan elemen penting dalam setiap kejayaan. 



Bergambar kenangan bersama Ketua Polis Selangor, YDH Datuk Noor Azam
       



Piala pusingan Ketua Polis Selangor

 

Usai kejohanan, semua pemain yang terlibat kembali ke formasi untuk meneruskan tugas dan kewajipan masing-masing. Semangat kerjasama yang dipupuk semasa dalam pasukan dapat diterapkan didalam penugasan harian dimana kami berkerja dan bergerak sebagai sebuah organisasi berpasukan.  👮‍♂️👮‍♂️👮‍♂️





MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA !!! 💪

NOORUL WAHEEDA BINTI SAMDIN - 269336 - [JAPAN] : RINGKASAN ITINERARY OSAKA & KYOTO (5 HARI 4 MALAM)


Trip ke Jepun ni macam tak berapa nak buat research and prepared sangat sebab masing-masing busy dengan tuntutan kerja. Last-last minit baru kitorang buat planning sikit and draft itinerary. Dah lah kos jalan-jalan dekat Jepun ni mahal gila! 😦 Tapi memandangkan ni kali pertama kitorang nak jejak kaki ke Jepun, hentam sajalah labu~ Kitorang cuba berjimat cermat sebanyak yang boleh, balik nanti baru puasa sunat banyak-banyak 😛 Bukan selalu kan? (sedapkan hati).

Sis ambil flight Air Asia tengah malam, so sampai Kansai Airport lebih kurang pukul 9 pagi. Memang awal-awal dah target nak flight jenis camtu sebab nak jimat hari, supaya sesampai je boleh terus start jelajah. Plus, kitaorg pergi musim summer. Obviously waktu siang lebih panjang dari malam, lagi best lah nak merayap banyak tempat. Lepas kitaorg dah settle urusan imigresen and pickup luggage, pukul 10 pagi camtu dah terus start Trip Jepun Yeah!


Btw, ni hanya itinerary ringkas saja. Segala detail mak nenek tentang naik train apa, harga train apa, harga tiket train, turun station apa, memamng korang kena rajin google sendiri lah ya. Atau kalau nak mudah, just cari saja freelance tour guide / student Malaysia yang ada belajar di sana. Cuma bab plan destinations, boleh lah korang follow itinerary sis kalau nak.

Sungguhpun itinerary sis agak padat dan memenatkan (untuk ibu mengandung 6 bulan). Trip melancong ke Jepun kali ini tetap sangat best. 😀👍Betul kata orang... Jepun ni berhantu... Bila sekali dah sampai...Confirm berkali-kali nak datang lagi dan lagi...


(1) HARI PERTAMA :
Kalau di Osaka, tempat menarik yang korang kena pergi ialah Osaka Castle kerana ianya merupakan simbolik rasmi bagi Osaka dan majoriti para pengunjung pasti akan datang ke sini termasuk sis.

So, apa yang menarik di Osaka Castle ni? Nak juga tahu kan 😍😍😍.
Jom ikut sis!

Selepas berjalan selama 10 minit, akhirnya kami sampai di Osaka Castle. Dari jauh korang boleh nampak bangunan castle ni. So, tak perlu risau kalau sesat ke apa.




Before that, nak bercerita sedikit pasal Osaka Castle.

Osaka Castle mula dibina pada 1583 yang sebelumnya merupakan kawasan untuk Honganji Temple, iaitu temple yang telah dimusnahkan oleh Oda Nobunaga dan akhirnya castle ini dibina dengan tujuan sebagai pusat utama ketika pemerintahan Toyotomi Hideyoshi. Masa tu, Osaka Castle merupakan istana terbear. Selepas tu ianya diserang dan dibina semula dan kini ianya dijadikan sebagai tarikan utama untuk para pengunjung datang ke Osaka kerana seni binanya yang menarik.

           

  

Kalau nak masuk ke Osaka Castle, korang kena bayar. Tapi kalau on a very tight budget, boleh je datang sini. Jalan-jalan and ambil gambar. Bawa la lens panjang sikit kalau nak ambil gambar castle. Cantik juga kalau korang pandai cari angle best!


         

  

Walaupun terpaksa berjalan agak jauh dan mendaki bukit dari stesen ke sini, bila lihat Osaka Castle, rasa berbaloi penat lelah.

Pada sebelah malamnya pula kami mencuba Tombori River Cruise di Dotonburi River. Memang ramai pengunjung yang nak cuba naik river cruise ni. Tak tahu la best atau tak, tapi tengok secara kasar, macam best je. Kalau nak tau best atau tak, teruskan membaca.

Sebelum korang naik river cruise ni, korang kenalah beli tiket dulu. Mudah saja, kaunter tiket terletak berdekatan dengan kawasan Tombori River Cruise. Dengan ruang kapasiti sehingga 20 penumpang, Tombori River Cruise bakal membawa anda menikmati cahaya lampu neon pada bangunan-bangunan yang terdapat di sekitar sungai Dotonbori.

     
            


    

Trip ni tak akan lengkap kalau korang tak bawa kamera. No, kamera phone tak la membantu sangat untuk dapatkan gambar. Bawa la kamera DSLR atau compact version untuk hasil yang lebih wow.

Oh, again. No trip will be complete without understanding what you will see. Therefore, sepanjang 20 minit itu anda akan dihiburkan oleh tour guide (English speaking tour guide) yang akan explain setiap benda.

Antara yang menjadi tumpuan ialah di sekitar jambatan Ebisubashi, di sini korang boleh nampak billboard Glico Man (seperti dalam gambar bawah), iaitu ikon utama Osaka. 

Glico ni merupakan antara pengeluar makanan yang terbesar di Jepun antara produknya ialah Pocky.

Kebanyakan tempat di Jepun ni ternyata tidak lari dengan kemeriahan cahaya lampu. Tidak hairan la negara ini dilabelkan sebagai negara berteknologi tinggi.

(2) HARI KEDUA :

Berjalan di sekitar wilayah Kyoto. Sebaiknya korang seraklah seawal yang mungkin, sebab di Kyoto banyak tempat menarik kita boleh pergi. Plus, kalau lambat, nanti tempat tu dah ramai dan padat dengan tourist. Bukan takat nak ambil gambar lawa je susah, nak gerak berjalan pun nati susah! Huhu.

Ni ada satu petua yang sis nak bagi untuk korang yang nak datang ke sini. Sila pastikan korang dah terpacak kat sini selewat-lewatnya pukul 7pagi 😔😔😔. Kalau lebih dari tu, korang kena la menempuh lautan manusia untuk mengambil gambar. Bukan sikit-sikit yer, ramai betul 😨😨😨! Kalau datang hujung minggu tak tau la macam mana kan. Takder satu tempat pun kat sisni yang takder orang..

Bamboo Groves ni sangat-sangat lah terkenal di Osaka sehingga tak lengkap kalau korang tak melawat ke sini. Hutan buluh ni sangat lah luas yer. Semestinya menjanjikan pemandangan yang sangat-sangat cantik .😍😍😍

Jom tengok pic yang sis ambik kat sini yer..



Korang jangan tak tau yer disekitar Bamboo Groves ni ada kubur. So silalah jangan terkejut pulak nanti.. Sepanjang-panjang kat sini, korang just enjoy je view pokok-pokok buluh ni yer..













Seterusnya, kitaorang bergerak pulak menuju ke Togetsukiyo Bridge. So sejarah jambatan ni sis tak tau la sangat. Tapi yang sis tau, memang ramai orang berpusu-pusu ke sini. Mungkin sebab jambatan yang menyeberangi sungai ni dibuat daripada kayu kot..



Apa yang menarik, kat sekitar sini ada perkhidmatan beca tarik. Yang menariknya adalah penarik-penarik beca tersebut adalah manusia! Bayangkan betapa gagahnya mereka, dan bayangkan kalau diorang menarik beca dengan kapasiti anak gajah seperti sis dan yang lelain tu kekeke.... memang gagah sungguh le, dah le badan semua kecik-kecik je.Kagum

Pada malamnya pula, kami berjalan lagi di Osaka & target kami ke Umeda Sky Building. So, from Shin-Osaka station naik JR Line to Osaka Station. The Umeda Sky Building is about 10-15 minute walk from Osaka and Umeda Stations. Trip kat Jepun ni memang banyak berjalan kalau dah menggunakan sepenuhnya train. So, kena make sure fit lah sebelum nak pi Jalan kalau nak guna train saja as main transportation. Anyway, train kat Japan ni memang sangat efficient & very convenient.

On the way nak menuju ke Umeda Sky Building, akan passed by a few buildings around Osaka City. Memang cantik sangat view kat area Osaka ni di kala malam hari. The most important thing, rasa safe je nak berjalan malam. Masa kami sampai kena queue juga naik ke Floating Garden Observatory (Umeda Sky Building) tapi tak perlu tunggu lama pun.


Nak sampai ke Floating Garden Observatory kena naik escalator yang menghubungkan 2 Umeda Towers. Risau & berdebar sungguh naik escalator between 2 Umeda Towers ni..Anyway, view kat atas sky building ni memang OHSEM! Boleh nampak almost 360deg view of Osaka city from top of this building. Cuma yang tak boleh tahan, sejuk gila kat atas ni. Tapi bertabah jugalah sebab dah bayar mahal nak sampai atas sini kan, hahaha.

       
         escalator yang menghubungkan 2 Umeda towers
cahaya lampu terhampar di bawah kaki sis. Sekali  tengok dah macam disko pun ada 😆
Kami spend tak sampai 1 hour kat atas ni. Lepas tu turun and lepak kat dalam Umeda building. And actually dari dalam level atas Umeda building ni pun dah boleh nampak clear view of Osaka city, cuma bukan open air & 360 deg view sajalah.


We ended the tour around 9pm and back to our apartment at Shin-Osaka. Tak larat dah nak tour Osaka lagi hari ni, penat sungguh sebab banyak sangat berjalan.

(3) HARI KETIGA :

Disebabkan hari masih siang, maka perlulah kite keluar berjalan-jalan dulu kan, takkan dah bayar mahal-mahal pastu duduk bilik je kan 😆😆😆. Petang tu kami menuju ke attraction yang paling terkenal dekat seluruh Jepun iaitu Fuhsimi Inari Taisha yang terdiri daripada beribu-ribu torri gates hasil sumbangan businessmen dekat Kyoto. Lagi besar gate tu, maknanya lagi 'besar' juga sumbangannya. Hehehe..

          



Bila di kata beribu-ribu tu, bukan setakat seribu dua, tapi 10,000 gates ada dekat situ! Di seluruh Jepun, ada lebih kurang 32,000 torii gates. Maknanya, 1/3 dari jumlah keseluruhan torii gates dekat seluruh Jepun berada di Fushimi Inari Taisha di Kyoto ni!

Apa yang membuatkan Fushimi Inari Taisha ni menjadi tarikan paling terkenal di seluruh Jepun selain daripada beribu-ribu torii gates ialah ianya FREE! Free for all. Bermakna, bila-bila nak datang pun datanglah, mereka menerima dengan tangan yang terbuka. Cumanya mungkin kedai-kedai di sekitarnya tutup dan certain temples and shrines dalam vicinity Fushimi Inari Taisha tak boleh accessible to public. Tapi torii gates tu cantik siang dan malam. Seriously


       

   






















               
         
Lepas ke Fushimi Inari Taisha Sharine kami ke Kiyomizu Dera Temple. Kami ke sana dengan menaiki bas. Nak sampai ke temple ni kena mendaki sikit sebab teple ni kat atas bukit. Permandangan kat puncak temple ni lawa juga sebab boleh tengok kawasan Kyoto dari atas.



Di sana terdapat ramai foreigner especially perempuan yang datang pakai kimono. Tak sure kalau hari kitaorang sampai adalah special day tertentu. Atau pon kalau pakai kimono dapat masuk free ke temple ni. Kalau tak kena bayar 400 Yen untuk masuk. Tapi disebabkan kami ni spesis bajet so kami amik gambar kat luar je 😂😂😂. Cukup sekadar sampai dah boleh la gtaw orang dah pernah sampai sini..hehe..😆😆😆.. kalau sesiapa yang nak beli souviner boleh beli kat sini sebab macam-macam ada tapi harga tu xde la murah sangat sebab standard harga kawasan tumpuan pelancong.


        


Permandangan kawasan Kyoto dari atas.

Kemudian kami terus gerak ke Osaka Downtown iaitu Dotonbori & Shinsaibashi. Tempat shopping yang paling trendy, paling cantik, penuh lampu neon, paling 'hidup' dan paling wajib pergi di Osaka ni. Dia macam gabungan suasana shopping stree dengan shopping mall gitu. Kat sini tak tau lah nak cakap macam mana tahap best nya tu. Sebab macam-macam hadoo! Barangan branded macam LV ada, barangan high-end macam Uniqlo ada, barangan murah tapi berkualiti ada, cafe ada, butik ada, ahhhh pokoknya banyak pilihan lah! Ikut poket korang la nak beli apa kat sini. Buat research dulu, apa yang wajar dibeli di Jepun ni. Cewaahh terkeluar ayat karangan BM pulek.

  

  
    Pada waktu malam lagi ramai orang. Dah macam pesta






















         
(4) HARI KE-EMPAT :

Berjalan-jalan di sekitar Osaka. Penuhkan memori kegembiraan di hari terakhir orang kata kan. Memang santai dan leisure sangat. Takde rushing dan terkejar-kejar seperti hari-hari lain.

Destinasi tempat seterusnya yang kami kunjungi adalah di Shinjuku Gyoen National Garden. Shinjuku Gyoen National Garden yang berkeluasan 144 ekar ini menawarkan keindahan 3 jenis taman dengan konsep yang berbeza iaitu Taman Rasmi Perancis, Taman Lanskap Inggeris dan Taman Tradisional Jepun. Siap dibina pada tahun 1906. Taman ini merupakan taman yang penting pada Era Meiji.  

Kalau korang datang ke sini pada bulan April, korang dapat menikmati pemandangan indah pokok negara Jepun yang terkenal, tak lain tak bukan, pokok sakura. Selain pokok-pokok sakura, korang juga dapat melihat kolam-kolam ikan koi yang banyak di sekitar taman.



Last sekali, kami tutup jelajah Osaka dengan menaiki Cruise Santa Maria yang mengililingi kawasan persisiran pelabuhan Osaka. Durasi adalah 40-50 minit kalau tak silap. Tiket cruise dua tingkat ini boleh dibeli di kaunter berdekatan dengan akuarium Kaiyukan juga. Cruise ni berjadual dan bukan ada sepanjang waktu. Buat research kalau berminat k! Kitaorang terus serbu tingkat atas, best berangin dan boleh lah korang nak feeling acah tourist di perantauan gituh. HAHA. Tapi kejap je, dah ambil beberapa keping gambar yang hampir memenuhkan memori phone, kitaorang berhijrah ke tingkat bawah cruise. Dan sambung semula aktiviti selfie tak hengat dunia 😆😆😆.

(5) HARI KELIMA :

Flight balik Malaysia. Singgah menikmati makanan di Kansai Airport. Kami ke Airport dengan menaiki train, oh ya, kat airport banyak gila restoran halal. So selain dari makan, kitaorang menghabiskan saki-baki duit Yen di kedai-kedai serbaguna dan murah di dalam airport.




Sayonara Osaka dan Kyoto! 

Antara video menarik sis share sepanjang berada di Jepun



Menyaksikan hiburan tarian 💃💃 semasa berada di sekitar sungai Dotonbori

https://youtu.be/SI7nKCZakt8

Pemandangan di sekitar Osaka Castle, Japan


https://youtu.be/ZFHkq3MYxjc

Cara pembuatan Takoyaki di Jepun