AHMAD AZEHAN BIN ABD RAHMAN - 268973 - TEAMWORK!!!
TEAMWORK!!!!!!
Assalamualaikum.. aku cerita sikit pasal latarbelakang aku, aku terdedah dengan sukan sejak di bangku sekolah lagi. Banyak juga sukan yang aku sertai sewaktu di bangku sekolah lagi. Pelbagai sukan telah aku sertai seperti bola sepak, badminton, bola baling, sepak takraw dan banyak lagi sukan yang lain yang aku sertai di sekolah aku dulu. Pencapaian terbaik aku adalah mewakili negeri Pulau Pinang didalam sukan bola sepak dan sepak takraw. Bakat aku digilap di sebuah sekolah sukan negeri di Pulau Pinang iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Impian. Minat yang mendalam dalam sukan sepak takraw telah meninggalkan rasa ketagihan untuk bermain sepak takraw hingga hari ini.
Pasukan sepak takraw IPPK Selangor 2019
Kekangan masa dan tuntutan tugas telah mengakibatkan peluang untuk bermain sepak takraw adalah terhad. Namun organisasi kerja menganjurkan satu kejohanan sepak takraw Piala Ketua Polis Selangor dan merupakan acara tahunan yang disertai oleh 16 Ibu Pejabat Polis Daerah di Selangor serta pasukan aku dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. Kejohanan tersebut adalah untuk menggalakkan seluruh pegawai dan kakitangan mengamalkan gaya hidup sihat disamping memupuk semangat kerjasama dalam pasukan. Peluang ini aku manfaatkan untuk melepaskan ketagihan aku untuk bermain sepak takraw. Kenangan paling manis adalah apabila pasukan IPPK Selangor telah muncul juara dalam kejohanan tersebut pada tahun 2019.
Taklimat oleh jurulatih dan pengurus pasukan
Setiakawan dan bergerak secara berkumpulan
Pasukan IPPK Selangor merupakan pasukan bukan pilihan pada kejohanan tersebut. Kami bermula dengan menempuhi pelbagai cabaran semenjak dari awal. Peruntungan kewangan yang terhad dan masa untuk latihan yang singkat merupakan cabaran yang harus kami tempuhi. Ketahanan mental dan fizikal yang tinggi diperlukan bagi meneruskan usaha untuk ke kejohanan tersebut. Kerjasama dan komitmen yang tinggi adalah perlu nagi setiap individu dalam pasukan. Hal ini dapat dilihat sewaktu para pemain bersetuju mengeluarkan wang saku sendiri bagi membiayai kos pasukan sejak dari tempoh latihan dan menjelang hari pertandingan. Sikap kecintaan yang tinggi dalam sukan warisan ini juga telah mendorong para pemain untuk memberi kerjasama yang baik dalam pasukan.
Aksi perlawanan peringkat kumpulan
Aksi perlawanan separuh akhir
Masa latihan yang diperuntukkan pada kami hanyalah selama seminggu untuk kami membuat persediaan sebelum menjelang hari pertandingan. Sepak takraw adalah sukan yang memerlukan kecergasan dan daya tahan otot yang tinggi. Seminggu bukanlah tempoh masa yang cukup bagi mempersiapkan pemain dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi kejohanan tersebut. Kesungguhan pengurus pasukan, jurulatih dan semua pemain dapat dilihat dengan komitmen yang tinggi semasa sesi latihan. Setiap masa yang ada dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dengan latihan yang efektif. Latihan telah diadakan secara 3 sesi iaitu sesi pagi untuk latihan kecergasan, sesi petang untuk latihan kemahiran dan kawalan gelanggang dan sesi malam adalah untuk latihan memantapkan regu. Segala keringat dicurahkan oleh setiap individu yang terlibat dalam pasukan.
Aksi perlawanan separuh akhir sedutan aksi regu veteren
Sedutan perlawanan antara IPD Serdang dan IPS Sepang
Perlawanan akhir menentang IPD Klang Selatan
Tiba hari
kejohanan di IPD Kuala Selangor, pasukan kami masuk ke dewan dengan persediaan
latihan yang hanya selama seminggu. Perasaan gugup menyelubungi setiap pemain,
namun pengurus pasukan dan jurulatih telah menjalankan tugas dengan baik dengan
memberi motivasi dan semangat untuk para pemain berjuang menentang lawan. Satu
demi satu perlawanan kami tempuhi secara bersama. Semasa bermain, rakan
sepasukan yang lain memberi sorakan semangat ditepi gelanggang. Rasa semangat
juang makin tinggi untuk meneruskan dan memenangi setiap perlawanan.
Keseluruhan pasukan daripada pengurus hingga pemain simpanan turut memainkan
peranan yang penting dalam menjayakan misi pasukan iaitu memenangi kejohanan
tersebut. Kerjasama yang baik oleh setiap ahli pasukan telah membuahkan hasil
yang berbaloi.
Pengurus pasukan diraikan oleh ahli pasukan
Bergambar bersama piala kemenangan
Akhirnya, pasukan sepak takraw IPK Selangor telah berjaya menewaskan pasukan IPD Klang Selatan pada perlawanan akhir. Masing-masing sebak kegembiraan diatas hasil usaha dan komitmen yang tinggi oleh setiap ahli pasukan telah menjayakan misi pasukan. Penyampaian hadiah dilakukan oleh Ketua Polis Selangor iaitu YDH Datuk Noor Azam Bin Jamaluddin. Kepuasan dapat dilihat pada raut wajah setiap ahli pasukan dengan hasil yang diperolehi. Segala kesusahan yang telah ditempuhi bersama dan penat lelah semua ahli pasukan telah mendatangkan hasil dan kenangan yang indah pada kami. Pasukan yang pada awalnya dipandang rendah oleh pihak lawan telah membuktikan bahawa kerjasama dalam pasukan merupakan elemen penting dalam setiap kejayaan.
Bergambar kenangan bersama Ketua Polis Selangor, YDH Datuk Noor Azam
Piala pusingan Ketua Polis Selangor
Usai kejohanan, semua pemain yang terlibat kembali ke formasi untuk meneruskan tugas dan kewajipan masing-masing. Semangat kerjasama yang dipupuk semasa dalam pasukan dapat diterapkan didalam penugasan harian dimana kami berkerja dan bergerak sebagai sebuah organisasi berpasukan. 👮♂️👮♂️👮♂️
No comments:
Post a Comment